Isnin, 10 Mei 2010

Dekat Di Hati

Pn Zalila,sepupu kepada ibuku...

Aku amat-amat menyayangi keluarga ini...terlalu banyak pengorbanan mereka kepada aku sekeluarga.
Seorang ibu tunggal yang cekal,membesarkan 7 permata hatinya setelah kembalinya suami tersayang kepada yang maha esa.Sesungguhnya aku amat mengagumi beliau..semoga perjalanan hidupnya sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT.

Hingga Hujung Nyawa

Suami yang sangat-sangat memahami,semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke hujung nyawa
Bertemu dan kemudiannya menjadi teman hidup kepada En Zuraidi Bin Ahmad adalah memori yang akan kubawa hingga ke akhir hayat.

Insan-insan tersayang

Hmmmm...dah lama tak update blog...sibuk dengan dateline kerja.
Inilah ibu tersayang Pn Zainab Binti Ahmad.Seorang ibu,sahabat & pendengar yang setia.